Followers

07 January 2012

Sebuah bas sekolah (van) telah melanggar sebuah kereta di hadapan STAR Johor Bahru.

Jumaat 6hb Januari 2012, sebuah van sekolah yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India telah melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita melayu di hadapan sekolah STAR Johor Bahru.
Keadaan jalanraya sangat sibuk kerana orang ramai bersesak-sesak untuk mengambil anak masing-masing yang besekolah di STAR dan SIGS terutamanya pada hari Jumaat. Kesesakan ini menjadi lebih parah kerana sekolah SIGS telah melaksanakan waktu persekolah satu sesi.
Kereta tersebut telah dihimpit walaupun ianya dalam keadaan berhenti.
Nasib baik kemalangan tersebut tidak melibatkan sebarang nyawa namun pihak yang bersalah perlu membuat ganti rugi kepada mangsa tersebut.
Suatu tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan kemalangan berulang di kawasan yang sama. Kedua-dua sekolah tersebut perlu berunding supaya murid waktu masuk dan keluar sekolah tidak ditetapkan pada masa yang sama.

Laporan Anak Johor.

06 January 2012

Bas Sekolah Di Dunia Kini













Kita perlu bersyukur kerana ada orang jadikan basikal roda 3 sebagai bas sekolah!