Followers

18 April 2012

Lace Motor Johor

Wisma Lace


Syarikat Lace Motor Sdn Bhd yang berdaftar pada tahun 1981 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Pengasasnya, Dato Hajjah Rokiah merupakan anak jati negeri Johor mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu menerajui syarikat permotoran yang lazimnya dimonopoli oleh kaum adam.
Kini Syarikat Lace Motor Sdn Bhd mempunyai lebih 70 orang kakitangan dan yang lebih membanggakan syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera.
Bagaimana boleh terbinanya Syarikat Lace Motor Sdn Bhd dan sejarah anak-anak syarikat?
Pada tahun 1978, penglibatan Dato’ Paduka Hajjah Rokiah di dalam industri penjualan kereta hanyalah secara sampingan di sebalik Lace Unisec Hair Saloon yang di usahakan sendiri oleh Dato’ Hjjh Rokiah. Dengan menggunakan AP sahabat baiknya Dato’ Hjjh Rokiah telah menjual kereta-kereta mewah terpakai yang kebanyakannya diimport dari Singapura. Keuntungan yang memberangsangkan dalam perniagaan sambilan itu telah membuatkan Dato’ Hjjh Rokiah membuka syarikat jual beli kereta sendiri dengan mendaftarkannya atas nama Reliance Motor Enterprise. Dato’ Hjjh Rokiah telah memohon AP sendiri dan setelah beberapa kali berurusan dengan Ministry of International Trade and Industry (MITI) pada tahun 1980 barulah Dato’ Hjjh Rokiah memperolehi AP sendiri sebanyak 10 unit. Setelah 10 bulan beroperasi, beliau diuji apabila ada pihak yang tidak senang di atas kejayaan beliau sehinggakan APnya ditarik balik oleh Miti. Dato’ Hjjh tetap tidak mengenal erti putus asa, beberapa bulan kemudian beliau membuat pemohonon AP baru daripada MITI. Setelah berulang kali berjumpa dengan kementerian itu, pihak MITI telah meluluskan permohonannya dan bersetuju memberi 5 AP sahaja pada 1982. Dengan hanya memperolehi AP sebanyak 5 unit sebulan Dato’ Hjjh Rokiah mampu menaikkan revenue jualan dan pendapatannya. Setahun kemudian dan atas prestasi yang meningkat baik, Syarikatnya telah mendapat kepercayaan daripada MITI dengan tambahan 5 unit lagi menjadikan jumlah AP 10unit sebulan. Dengan bertambahnya AP syarikat beliau terus bergerak maju ke hadapan dengan pertambahan jenis kereta kereta import dari United Kingdom dan Jerman seperti BMW, Mercedes Benz, Jaguar, Porsche dan lain lain.
Reliance Motor Enterprise telah bertukar nama kepada Syarikat Lace Motor Sdn Bhd dan beroperasi di Larkin Jaya Johor Bahru. Syarikat Lace Motor Sdn Bhd terus berkembang dengan bergerak aktif sehingga pada tahun 1984 berjaya membeli bangunan sendiri yang pertama di Taman Sentosa, Johor Bahru. Dan akhir tahun 2009 Syarikat Lace Motor Sdn Bhd telah berpindah ke Pasir Gudang dan beroperasi sehingga kini.
Pada tahun 1992, beliau menubuhkan syarikat hartanah Lace (R.O) Holding Sdn Bhd yang menguruskan aset aset beliau. Ia termasuklahbeberapa unit rumah kedai, gudang, kondominium dan rumah 2 tingkat.
Pada tahun 1996 pula New Lace Trading ditubuhkan. New Lace Trading khusus untuk jualan perabot perabot ekslusif yang diimport dari luar seperti dari Indonesia, Italy, China Dan Turkey . New Lace Trading telah bertukar nama kepada Lace Home Deco & Collection pada tahun 2009.
Selang beberapa tahun kemudian iaitu pada tahun 2000, Dato’ Hjjh Rokiah menubuhkan Edarosa Motor Sdn Bhd yang mejual kereta terpakai dan menjadi pengedar untuk jenama kereta Fiat dan Kia.

13 April 2012

Lapuran kemalangan proton saga JFM 2580

Lokasi : Jalan Panglima
tarikh: 13.04.2012
masa: 12.05 tengahari
ketika kami memandu di jalan tiba-tiba sebuah kenderaan bernombor JFM 2580 keluar dan melanggar sisi kiri hadapan kenderaan saya. kenderaan tersebut tidak memberi tanda syarat untuk keluar daripada kedudukan letak kereta statik di bahu jalan.
Impak perlanggaran:
badan kereta dibahagian atas tayar hadapan proton saga tersebut kemik.
Kereta yang dipandu saya mengalami calar dan skirting hadapan kiri jatuh sedikit.
Mereka beriya-iya mengatakan mereka tidak bersalah. Oleh kerana malas nak bertekak maka saya mahukan perbincangan dilakukan kemudian memandangkan mereka merupakan warga emas dan masa yang sibuk ketika itu. Saya memberikan kad nama saya utk dihubung nanti.

http://johor.blogspot.com/2012/04/lapuran-kemalangan-proton-saga-jfm-2580.html