Nah, confirm!.. Inspira adalah nama bagi model terbaru Proton yang digemparkan sebelum ini iaitu Waja replacement model. Memang menarik bagi model Inspira ini. Jom kita lihat pada broucher.. Dengan bumper yang agak “garang” dan lebih stylo membuatkan ianya sesuai untuk semua golongan. Jadi pasaran tidak terhad kepada golongan muda sahaja. Inspira juga dilengkapi dengan “Trunk Remote Control dan Paddle Shifter..”
Disamping itu juga, Inspira dilengkapi dengan pengawal suhu automatik sepenuhnya dan dari segi keselamatan.. Proton telah meyakinkan pengguna bahawa tahap keselamatan badan kenderaan adalah pada tahap “5-star” dan Inspira diberi penyelenggaraan percuma selama 2 tahun.
Mulai hari ini, Proton Inspira sudah boleh ditempah dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM1,000 dan tempoh serahan dijangka 1 hingga 1 1/2 bulan. Inspira juga tidak menggunakan enjin Campro tetapi ianya menggunakan enjin MIVEC.
Soal harga pula, Inspira boleh didapati pada harga permulaan RM79,xxx dan buat masa sekarang, hanya model dengan warna merah dan putih sahaja disediakan. Harga adalah seperti berikut.. ( tidak pasti.. tunggu sehingga pra-pelancaran untuk kesahihan)
1.8 MT RM 79,999 (OTR)
1.8 CVT RM 87,000
2.0 CVT RM 94,000
1 comment:
I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article. I am hoping the same best work from you in the future as well.
Post a Comment